Saturday, 29 April 2017

Good Virtues Co. (Review)



Harini nak buat review produk ni Good Virtues Co. Okey produk Good Virtues Co. ni ada banyak kita try sikit sikit dulu ya ! First time nampak syampu ni dekat watsons sebab tertarik dengan dia punya packaging dia lawa weh . Good Virtues Co. ni ada untuk body , face and hair . Jangan risau produk ni halal ya !  Kalau korang nak tengok pergi kat website dia  http://www.goodvirtuesco.com/ kalau nak tahu lebih lanjut . 


Detail tentang shower cream & bahan 

Anti-Bakteria & Hydrating Krim Mandian dengan menulenkan Organic Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) bukan sahaja membersih dan menyahtoksin, anti-bakteria yang juga menyimpan kulit anda sihat dan bersih. formula penghidratan pelindung kami intensif mengisi semula kelembapan semula jadi kulit anda untuk mendapatkan kelembutan lembut anda boleh merasa semua hari. Kerana tidak ada kekayaan yang lebih besar daripada kesihatan. Semua produk kami diselitkan dengan kebaikan penulenan Organik Habbatus Sauda Oil (Organic Black Seed Oil) yang diiktiraf bagi yang kaya, nutrien semulajadi, mineral dan antioksidan yang membaiki, memulihkan dan memberi nafas baru. Mereka juga bebas daripada minyak mineral, SLES, ALES, parabens, pewarna sintetik, dan tidak diuji pada haiwan. Kami hanya menggunakan 100% bukan haiwan bahan-bahan yang diperolehi dalam produk kami .


Bahan;

Air, Ammonium Lauryl Sulfate, Cocamidopropyl Betaine, Palm Kernelamide DEA, Glycerin, Glycol Distearate, Laureth-4, Fragrance, Chlorhexidine Digluconate, Propylene Glycol, Trehalose, Asid Sitrik, Tetrasodium EDTA, Organic Black Seed Oil (Nigella Sativa Seed Oil), Pentylene glycol, fruktosa, Urea, Sodium Hidroksida, Maltosa, Sodium PCA, Sodium Chloride, Sodium Lactate, Allantoin, Sodium Hyaluronate, Glukosa, Methylchloroisothiazolinone, Methylisothiazolinone, Benzyl salisilat, Coumarin, Hexyl Cinnamal, Hydroxycitronellal, Butylphenyl Methylpropional, Limonene, Linalool, Hydroxyisohexyl 3 -cyclohexene Carboxaldehyde, Alpha-isomethyl Ionone




Kalau korang nak tahu shower cream ni ada dua botol  300 ml dan 700 ml . Sabun dia memang wangi tapi yang dalam gambar tu berkenan dalam hati . Baru try sekali mesti nak lagi , buih pun banyak tau . Hand and body lotion dia pun wangi .   Kalau tak silap kat lazada dengan fashion valet ada jugak jual rajin rajin jenguk ya ! 😃


Saturday, 20 April 2013

MEDERMA


Salam semua...

Ramai yang mencari cara dan petua untuk hilangkan parut kan ? tak kiralah parut jerawat ke..parut luka air panas ke, parut chicken pox ke, parut pembedahan atau pun parut accident .. saya dah jumpa penawar untuk hilang parut yang berkesan punya...memang terbaik la...

Mederma! setelah bermacam-macam produk yang saya cuba untuk hilangkan parut...akhirnya saya telah jumpa  dengan ubat hilang parut yang paling best...macam Mederma nih...hihi...

Ada banyak produk yang kononnya boleh hilangkan parut kan..contohnya bio oil, aloevera, cocoa butter, dan macam macam lagi la produk yang berasaskan vitamin e yang jual kat pasaran tu kan..kita ni jadi rambang mata je nak beli semua...tapi korang beli jelah Mederma ni okah ..dijamin 100% berkesan..cewah sampai 100% tuhh apakah!

Ehh...betulke tak perlu guna bio oil dan semua vitamin e yang neo sebutkan tu ? takdelah..kamu semua boleh gunakan vitamin tu..nak apply kat muka pun boleh..nak telan pun boleh...heheh..macam saya, sekarnag ni saya guna bio oil untuk kegunaan harian saya...waktu nak tidur mesti sapu bio oil seluruh muka...vitamin e ni akan bantu kulit muka korang yang nak reput dan rapuh tu supaya kembali pulih,tegang, dan melicinkan kulit korang...so amalkanlah makan vitamin e dari segi pil pun boleh..dan sapu minyak di muka pun boleh 



MEDERMA

Harga Mederma ? RM38 ringgit malaysia sahaja...beli yang tube kecik tu jer...cukup =)
Kat mana nak beli Mederma ? Beli lah kat watson, guardian, dan farmasi 
Cecair Mederma ini berupa camne ? Cecair lutsinar..bau pun menarik, senang serap, tak berminyak dan tak nampak macam krim pun.
Cara nk apply Mederma kt kesan parut camne ? Sapu mederma kat tempat parut, dan urut parut luka tu...sampai ubat tu menyerap dalam kulit..
Berapa lama Mederma ambil untuk hilangkan parut nih? Bergantung kepada jenis parut..serius atau tak..kalau tak serius..mungkin dalam 2minggu - 1 bulan boleh hilang...kalau parut serius, ambil masa paling kurang 3 bulan pun boleh hilang...oklah tu daripada tunggu bertahun-tahun tak hilang kan.
- BEDAH : 8 Minggu
- PASCA TRAUMA : 2-6 Bulan
- LUKA BAKAR : 3-6 Bulan
- STRETCHMARKS : 3-6 Bulan
- ACNE : 3-6 Bulan
- SCAR LAMA : 3-6 Bulan atau lebih
Berapa kali nak apply Mederma nih ? Sekerap yang boleh...2-3 kali sehari. [tapi kalau parut korang tu jenis dalam dan serius..apply je 24 hours...saranan sayalah..bukan saranan doctor, sebab saya apply 24 hours]
Boleh tak guna Mederma tepek seluruh muka ? Boleh...takde masalah pun !
Kebaikan Mederma ni :
  • Mengurangkan kesan parut. [luka/jerawat]
  • Menegangkan kulit
  • Melicinkan kulit
  • Mencantikkan lagi kulit
  • Memulihkan kulit yang rosak , kulit kering, melecet, parut hitam

Saturday, 6 April 2013

Do this before sleep :) INSYAALLAH

-EMPAT HAL SEBELUM TIDUR.
Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah r.a :
Ya, Aisyah, jangan engkau tidur sebelum
melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam Al-Quran.
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat
untukmu di hari kiamat.
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau.
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah.
Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat melaksanakan
empat perkara seketika ?“
Rasul tersenyum dan bersabda :
1. Jika engkau akan tidur, membacalah surat al-
Ikhlas tiga kali.
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-
Quran.
Bismillaahirrohmaanirrohiim.
“Qulhuallaahu ahad' Allaahushshamad' lam yalid
walam yuulad' walam yakul lahuu kufuwan
ahad' (3x)”
2. Membacalah shalawat untukku dan untuk para
nabi sebelum aku.Maka kami semua akan
memberimu syafaat di hari kiamat.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Allaahumma shallii 'alaa Muhammad wa'alaa aalii
Muhammad (3x).
3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka
mereka akan meridhai engkau.
“Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal
hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih (3x).
4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid,
bertahlil dan bertakbir”.
Maka seakan-akan engkau telah melaksanakan
ibadah haji dan umrah.
Bismillaahirrahmaanirrahiim.
Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha
illallaahu allaahu akbar (3x).
Wallahu a'lam bishawab.